Saturday, 30 March 2013

Mari Belajar Tajwid



NUN SAKINAH DAN TANWIN

IQLAB
Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz sesuatu huruf kepada huruf yang lain.Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu Ba', maka hendaklah ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada Mim dengan disertai suara "Ghunnah" (dengung) dengar kadar panjang dua harakat. Sebab ditukarkan Nun Sakinah dan Tanwin kepada Mim tidak kepada huruf-huruf yang lain kerana Mim dan Ba' ada persamaan antara makhraj dan sifatnya.

  • Makhraj Mim dan Ba' pada antara dua bibir.
  • Sifat yang sama antara Mim dan Ba' pula ialah Jahar, Istifal, Infitah, Idzlaq dan Ghunnah



IDGHAM

IDGHAM terbahagi kepada 2.

IDGHAM BILA GHUNNAH
Iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam.

Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sakinah atau 
Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah. Bacaan Idghamnya tidak disertai dengan Ghunnah (dengung).

IDGHAM MA'AL GHUNNAH
Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf-huruf Idgham Ma'al Ghunnah iaitu Ya', Wau, Mim dan Nun dalam dua kalimah. Maka ia dibaca dengan disertai ghunnah (dengung) dengan kadar 2 harakat.

Koleksi Doa



Doa Memohon Ilmu Yang Bermanfaat, Rezeki Yang Baik dan Amalan Yang Diterima

                اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً.

Maksud :“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.”

(Dibaca setelah salam solat Subuh).( Sahih Ibn Majah)

Mutiara Mahabbah

Ukhwah yang dibina antara kita, biarlah seperti seutas tasbih, ada awal tiada hujungnya.. Dicipta untuk mengingatiNYA, dibahagi untuk cintaNYA, diratib demi redhaNYA


Biar apapun yang berlaku, redhalah dgn ketentuan ILLAHI. Jangan toleh ke belakang lagi, tak perlu direnung masa silam & biarkan ia pergi, halakan langkahmu ke destinasi yang mendamaikan hati, tinggalkan nikmat duniawi, berhijrahlah. jauhkan diri dari perkara yang mengundang kesesatan, moga permergian itu membawa satu yang cukup indah mendekati Illahi sebelum didatangi sang pencabut nyawa..


Semangat dan azam untuk terus hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian.. petikan dari buku JANGAN BERSEDIH